Monday, 15 April 2013

Apa sebenar Zaman Edan


Brader Anwar Bin Ibrahim bersyarah mengenai Zaman Edan yang dikata oleh Ronggo Warsito di Permatang Pasir. Edan maksudnya gila. Maka Zaman Edan itu adalah Zaman Gila.

Biasalah Brader Anwar Bin Ibrahim perlu menyebarkan penyakit selesemanya dengan mengatakan BN yang gila.

Dalam bab menyalahkan orang atau otomatik salahkan orang, itu memang kepakaran Anwar. Pasal dia tak hormati bini sendiri, bini orang pun dia sanggup salahkan tanpa bukti.

Bab muhasabah, itu memang kelemahan diri Anwar.

Istilah jawa Edan hampir sama bunyinya dengan istilah orang Negeri Sembilan berbunyi Eden iaitu saya. Oleh kerana Brader Anwar yang menyebut Zaman Edan maka betul kehampiran dengan Zaman Eden atau Zaman saya.

Memanglah Anwar yang buat politik gila ini. Bila dia bermula gila? Ah .. istilah Edan sama bunyi dengan istilah Edah. Zaman politik jadi gila bermula bila Anwar habis tempuh edah untuk masuk politik pada Black 14, April 14 2008. Zaman Edan bermula Zaman Edah atau masa lepas edah.

Nak tahu apa dia yang Anwar kata Zaman saya, Zaman lepas edah dan Zaman gila, baca apa kawan kita sinitulis.

Gila babi, Babi gila pun tak macam ini.

NURUL IZZAH ANWAR : 'ZAMAN EDAN'